Blogger Widgets
bloggerblogger

JOM SIHAT!!

JOM SIHAT


Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan seseorang sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah piramid dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas piramid makanan yang mengandungi makanan yang dibahagikan kepada 5 kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.


ARAS 1
BIJIRIN, HASIL BIJIRIN DAN UBI-UBIAN

Aras 1 piramid makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, ubi keledek , keladi, kentang.


ARAS 2
SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di aras 2 piramid
makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah buahan dan sayur-sayuran dengan banyak dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3
DAGING,AYAM,IKAN,KEKACANG

Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contah kekacang adalah kacang soya (tauhu,tempe), kacang dhal, kacang merah.
Hasil tenusu juga terletak di aras 3. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.


ARAS 4
LEMAK, MINYAK DAN GULA

Lemak,minyak dan gula juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di aras 4 piramid. Makanan ini hanya kuantiti sedikit perlu diambil.




MAKANAN

CADANGAN HIDANGAN

Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang

¨  1 ketul peha ayam
¨  1 ekor ikan kembung
¨  2 ketul daging tanpa lemak
¨  ½ cawan kekacang kering
¨  1 keping tauhu


Susu dan produk tenusu


¨  1 cawan susu
¨  ½ cawan dadih
¨  1 keping keju
¨  Tenusu rendah lemak



MAKANAN

SAJIAN

Sayur-sayuran

¨  ½ cawan sayuran berdaun hijau
¨  ½ cawan lain-lain sayuran
¨  ½ cawan sayuran buah dan ubian.


Buah-buahan

¨  ½ biji jambu batu
¨  1 potong betik/ tembikai/ nenas
¨  1 biji pisang / oren/ epal
¨  ½ cawan jus buah (tanpa gula)























0 comments:

Post a Comment