Pahlawan Walk Market telah ditubuhkan pada 10 Oktober 2010 yang bertempat di bangunan Newton, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka. Seramai lebih kurang 64 buah gerai yang terdapat disini yang boleh disewa oleh peniaga atau orang ramai untuk menjalankan perniagaan sebagai punca pendapatan mereka. Oleh kerana kawasannya di dalam bangunan maka bilangan tapak yang dibuka untuk berniaga adalah sangat terhad dan sedikit berbanding dengan Pahlawan Walk Uptown. Pahlawan Walk Market ini adalah inisiatif dari pihak syarikat sendiri untuk menubuhkannya dengan menyewa tapak dari pemilik bangunan Newton. Pihak syarikat juga amat mengutamakan golongan dari bumiputra untuk menyewa dan membuka perniagaan di sini kerana ingin membantu menaikkan taraf hidup orang melayu di kawasan bandar. Jadi, kepada sesiapa yang berminat perlulah pergi ke pejabat Prima Wawasan Sdn Bhd untuk proses mendaftar, membuat "agreement" dan mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat kepada penyewa. Pahlawan Walk Market beroperasi pada setiap hari isnin hingga ahad, jam 10pagi hingga 10malam dan akan menjadi tumpuan para pelancong dari luar negara pada setiap hujung minggu. Antara barangan yang dijual adalah pelbagai jenis kraftangan, pelbagai jenis baju, kasut, beg, hiasan rumah dan makanan kering. Semua barang disini dijual pada harga yang berpatutan dan boleh dirunding.
*Diserta sekali dengan google map untuk memudahkan pengunjung mencari lokasi..
*Diserta sekali dengan google map untuk memudahkan pengunjung mencari lokasi..
0 comments:
Post a Comment