Blogger Widgets
bloggerblogger

30 TIPS PENGGUNA BIJAK

30 TIPS PENGGUNA BIJAK



1.  Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksplotasi          kaum wanita yang dijadikan sebagai model.

2.  Elakkan penggunaan kad kredit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros,      bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.

3.  Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.

4.  Buatlah belanjawan sebelum membeli belah

5.  Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding         
     kehendak.

6.  Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

7.  Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang kerana hal 
     ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah.


8.  Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah,belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu 
     anda untuk berjimat.

9.  Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.

10. Masak dirumah lebih jimat berbanding makan diluar.

11. Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam 
      sekitar.

12.  Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan
       logo halal palsu.

13.  Belilah barangan keluaran Industri kecil-kecilan ataupun industri desa.Sokong barangan buatan 
       Malaysia.

14.  Semak resit pembelian dan jumlah barangan  yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.

15.  Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakkan membeli makanan ringan.

16.  Pilih buah-buahan tempatan,terdapat pelbagai pilihan yang bermusim dan juga tidak.

17.  Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya,buat pilihan yang bijak.
       kadang kala yang tinggi kuantitinya tak semestinya tinggi kualitinya.

18.  Belilah barangan elektrik dengan kelulusan sirim.

19.  Jangan mudah terpedaya dengan barangan serta promosi hadiah,kadang kala harga barangan tanpa 
        hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi.

20.  Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap 
       penggunaan anda.

21.  Periksa keadaan barang sebelum membelinya,lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak,
       periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.

22.  Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau tempat kerja. lebih menjimatkan kos,mengurangkan 
       kesesakan jalan raya serta mesra alam.

23.  Berkongsi kereta ke kampus atau tempat kerja lebih menjimatkan kos.

24.  Dapatkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui buletin risalah
       kepenggunaan.

25   Jika membeli-belah di atas talian 'online' pastikan kesasihan pembekal dan berhati-hati apabila 
       melakukan transaksi wang.

26.  Jika melakukan transaksi wang atas talian 'online' pastikan kata laluan anda dilindungi serta jejak anda 
       dipadam untuk mengelak system digodam.

27.  Jangan gunakan pautan 'link' untuk ke laman web bank untuk urusan 'online banking'. Sebaik-baiknya 
       pergi terus ke laman utama bank pilihan anda.

28.  Pastikan label harga tertera pada barangan,jika tiada laporkan pada pihak berkuasa,anda berhak untuk 
       mendapat maklumat yang sewajarnya.

29.  Jualan murah! jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.

30.  Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli.
       Ingat,anda punyai hak untuk pilihan anda.








0 comments:

Post a Comment