Blogger Widgets
bloggerblogger

PERJANJIAN PENYEWA

PERJANJIAN SEWA




Penyewa dengan ini berwaad dengan penganjur seperti berikut :-

  • Menjalankan perniagaan 7hari seminggu dan waktu perniagaan adalah tetap iaitu dari 10pagi - 10malam. Permis perniagaan hendaklah dibuka setiap hari kecuali hanya dibenarkan untuk bercuti selama 2 hari sahaja iaitu pada cuti Hari Raya Aidil Fitri
  • Membayar denda sekiranya penyewa tidak menjalankan perniagaan (30minit lewat) atau menutup awal perniagaan (30minit awal) iaitu sebanyak rm10 sehari.denda tersebut akan dimasukkan ke dalam sewa bulanan sekiranya peniaga lewat memulakan atau awal menutup perniagaan mereka.
  • Menyelenggara dan mengekalkan kebersihan Permis Demis sepanjang masa serta menyediakan masa serta menyediakan  tong sampah di dalam kedai.
  • Tidak memaparkan tanda-tanda,papan iklan atau seumpamanya dilekatkankepada Premis Demis tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak penganjur.

  • Tidak dibenarkan menjual produk berikut:-
          - Segala jenis minuman(air bancuhan,air botol,air tin)
          - Makanan basah dan makanan segera(nasi,roti,mee dan sebagainya)
          - Barang kawalan dan merbahaya kepada pengunjung dan peniaga lain.
          - Barangan yang menyalahi undang-undang Malaysia.


  • Membayar semua bil elektrik,air,telefon,penyelenggaraan bangunan Permis Dermis kepada pihak berkenaan.Sekiranya semasa pengosongan Permis itu oleh penyewa terdapat mana-mana bil tertunggak maka penganjur berhak menolak baki bayaran tunggakan dari wang deposit.

  • Mendapatkan lesen bagi barangan atau perniagaan dari pihak berkuasa tempatan atau mana-mana jabatan dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian atau kesalahan yang disebabkan oleh penyewa.

  • Tidak dibenar mengeluarkan apa-apa kenyataan berbentuk bantahan atau cadangan melibatkan penganjur, Pahlawan Walk Market, pekerja, pengurusan kepada mana-mana pihak tanpa persetujuan bertulis dari penganjur.

  • Penganjur berhak melupuskan segala wang deposit (deposit sewa dan deposit permis) sekiranya penyewa menamatkan  perjanjian sebelum tamat tempohnya.

  • Bekalan air di Permis Demis tidak dibenarkan. Sekiranya penyewa memerlukan bekalan air secara terus dari Syarikat Air Melaka Berhad,penyewa perlu memohon kelulusan kepada pihak penganjur secara bertulis dan jika diluluskan penyewa dikehendaki melantik kontraktor paip bertauliah dan segala bayaran bagi pemasangan paip air dan caj lain akan ditanggung oleh penyewa.

0 comments:

Post a Comment