PENGENALAN
PRIMA WAWASAN SDN BHD (862851 X) telah didaftarkan pada 2 Julai 2009 dan telah beroperasi secara komersil di sebuah permis di Taman Bukit Katil,Melaka. Jenis perniagaan utama yang dijalankan termasuklah dalam bidang pengurusan acara (event management) , pemakanan , bidang kimia , frasarana awam dan landskap hiasan.
Aktiviti utamanya adalah selaku penganjur kepada produk pelancongan Negeri Melaka yang dikenali sebagai 'Uptown' Pahlawan Walk & Pahlawan Walk Market yang terletak di Jalan Plaza Mahkota,Melaka. Disamping itu, syarikat mempunyai sebuah restoran di lokasi strategik DI Bandaraya Melaka berhadapan dengan Melaka Mall dan menerima tempahan masakan secara aktif daripada pelbagai pihak merangkumi pelbagai jenis majlis dan program. Syarikat juga telah menceburi bidang perhotelan dengan terlibat secara aktif menyediakan perkhidmatan homestay atau dikenali dengan jenama Melaka Townstay.
0 comments:
Post a Comment